Friday, January 27, 2012
SAKIT HATI YANG ...............PARAH
Sudah lama rasanya aku tidak meluahkan isihatiku pada ruangan ini. Kali ini hatiku lebih sakit, pedih & parah dari dulu. Aku menjadi mangsa kebencian yang tak sudah oleh saudaraku sendiri. Entahlah. Aku masih tak faham tentang sifat mereka. Apa yang mereka cemburu terhadapku. Aku juga seperti mereka, punya keluarga sendiri. Kesenangan yang kukecapi adalah hasil usahaku & suami. Aku tak pernah menyusahkan mereka walaupun aku dalam kesusahan. Kali ini saudara perempuan pula yang membuat onah. Dia hasut kakaknya agar membenci aku. Memburuk-burukkan aku. Sakit yang aku tanggung bertambah sakit bila aku dikhianati. Selama ini aku yang banyak menolong mereka. Sekolah anak kakak yang sulong aku yang uruskan sehingga memasuki U. Apakah itu tidak membuka mata mereka tentang pengorbananku. Aku tak pernah meminta balasan atas apa yang kulakukan untuk anak mereka tapi aku .....................DIKHIANATI.
Lebih menyakiti hatiku apabila orang yang aku amanahkan untuk mengurus persekolahan anakku tidak amanah menjalankan tugasnya. Aku tak minta duit mereka untuk membiayai perbelanjaan sekolah anakku. Aku hanya minta mereka mengurus saja. Segala pembiayaan persekolahan aku sediakan secukupnya tapi mereka...............menggunakan duit itu ke jalan yang salah. Anakku hampir dibuang asrama kerna tidak membayar yuran asrama selama setahun. Ya ALLAH..... terasa luruh jantungku apabila mendengar kata-kata cikgu. Kemana perginya duit yang aku berikan untuk persekolahan Afiq. Aku merayu pada pihak sekolah untuk menerima Afiq dan aku berjanji akan melangsaikan tunggakaan secepat yang mungkin. Ingatkan mereka bisa menjalankan amanah yang aku berikan seperti aku menjaga amanah yang mereka berikan padaku. Hatiku benar-benar sakit diperlakukan seperti itu. Apabila aku bertanya ke mana perginya duit yang aku kirimkan, mereka hanya berdiam seribu bahasa. Sudahlah duit yang aku simpan untuk membeli kereta habis dipinjamnya, ini pula duit persekolahan anakku. KEBENCIAN aku kali ini tidak dapat dibendung lagi. SAKIT yang aku tanggung sudah mencapai tahap yang maksima.
Kebaikan yang aku beri, kesengsaraan yang mereka balas. Kali ini aku tak akan berlembut hati dengan mereka lagi. Aku nekad untuk mencari rumah sewa lain dan tak ingin kembali lagi ke rumah mereka. Biar aku kelihatan seperti orang yang tidak mengenang jasa asalkan hatiku senang. Selama setahun aku menumpang di rumah mereka menjadikan aku fobia dengan apa yang telah terjadi. Patutlah jiran-jiran mereka sering mencadangkan aku mencari rumah sewa sendiri. Ini kerana suaminya kaki judi. Jangan kata duit sekolah anakku saja yang ditelanny malahan duit PTPTN anaknya pun dia telan untuk duduk di meja judi.
Kami suami isteri sedang berusaha untuk membina hidup baru dan kerna itu kami terpaksa berpisah. Aku di Sarawak dan dia bersama 2 anakku di Kedah. Masing-masing menjalankan bisnes sendiri. Aku mengurus semua perbelanjaan di sini dan dia menguruskan persekolahan anak di Kedah. Bukan di Sarawak tak ada sekolah agama tapi anak-anakku berkeras hati untuk menimba ilmu di sekolah pondok. Bagiku selagi permintaan anak-anak ke arah kebaikan aku takkan membantah. Aku akan berusaha untuk memenuhinya biarpun terpaksa menanggung kesusahan.
Akhir kata ...... kepada SITI AISAH & ROSNI, sesungguhnya darah yang mengalir di dalam badan kita adalah sama. Tapi mengapa harus ada perasaan irihati, cemburu, benci, marah & entah apa lagi di hati kalian. Maaf jika aku katakan hatiku memang sudah hancur diperlakukan begitu. Ini bukan kali pertama malah sudah banyak kali. Selagi hatiku terasa sakit kerna kalian selagi itu aku akan jadi insan yang pentingkan diri sendiri.
Buat AHAMD ISMAIL ...... tiada lagi pertolongan dariku untuk keluarga kamu. Aku benci dengan orang yang tidak amanah & kaki judim seperti kamu. Aku dah tak kisah jika dibenci oleh saudara sendiri kerna ianya berpunca dari kalian sendiri.
Posted at 04:50 pm by cheek2302
Permalink
Wednesday, December 02, 2009
Assalamualaikum.
Aku kembali lagi dengan harapan dan azam baru. Aku kembali untuk memperbaiki kehidupanku kepada yang lebih baik lagi. Aku kembali bersama semangat yang jitu demi anak2 yang ku cintai dan sayangi.
Akan ku lontar jauh-jauh segala tohmahan dan hinaan orang sekeliling. Aku mahu anak-anak menjalani kehidupan yang lebih baik. Lebih sempurna dari dulu. Akan ku harungi segala ranjau kehidupan. Buat permulaan aku bina empayar perniagaan secara kecil2an, langkah demi langkah.
Ya tuhan..... tabahkan hatiku demi kesejahteraan dan kebahagiaan anak2.
Posted at 10:27 am by cheek2302
Permalink
Monday, May 25, 2009
Dedeng berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Yayasan Melaka dalam jurusan Ijazah Pendidikan. Aku tersenyum gembira kerna apa yang aku impikan telah terlaksana. Janji aku pada kakak untuk membiayai pelajaran Dedeng akhirnya tercapai. Aku tidak mengharapkan balasan darinya. Aku hanya ingin dia menjadi orang yang berjaya dan ingat pada orang tuanya yang hidup susah. Jadi anak yang taat & soleh. Semoga dedeng berjaya dalam hidup dan aku kini hanya memikirkan tentang anak2ku sendiri saja lagi. Namun aku ada berita sedih. Faris, teman rapat Dedeng telah meninggal dunia pada 17 may 09. Mayatnya telah ditemui terapaung di sungai Sarawak. Kematian ini amat memeranjatkan kami sekeluarga. Al fatihah untuk arwah Faris. Semoga dicucuri rahmat. amin
Posted at 01:03 pm by cheek2302
Permalink
Salam .....
Sudah agak lama juga aku tidak meluahkan apa yang tersirat di hati. Aku telah berhenti kerja pada may 2008 kerna masalah pribadi. Kini aku lebih bahagia dan bebas kerna tidak terikat dengan peraturan di tempat kerja. Aku berniaga makanan sekarang. Alhamdulillah .... mungkin rezeki anak2. Lagipun aku punya seorang lagi puteri yang berusia 6 bulan lebih. Nur Syahadah Muslim namanya. 02 April 2008 aku sekeluarga sempat balik ke Lombok selama seminggu dan aku tak tahu kapan lagi kami akan balik ke Lombok lagi. Tunggu rezeki lebih nampaknya. Sekarang aku hanya mencuba nasib memohon ekerjaan di sektor kerajaan. Aku dah bosan kerja di sektor swasta. Mana tau ... rezeki
insyaAllah.
Posted at 12:49 pm by cheek2302
Permalink
Friday, May 23, 2008
Boring, geram dan macam2 lagi perasaan yang ada pada saat ini. Boring dengan suasana opis ini. Dengan perangai management & staffnya. Hari ini adalah hari terakhir aku di sini. Tiada siapa yang tahu kecuali Mamo. Aku dah tak nak jadi orang yang kurang ajar terhadap orang yang lebih tua dariku. Sebelum aku join company ini, aku tak pernah bersikap kurang ajar terhadap orang lain. Selama 8 tahun 5 bulan di sini, aku cuba untuk tidak mempedulikan kata2 dan tindak tanduk orang lain terhadapku tapi nampaknya kali ini aku tewas. Aku benar2 tercabar dengan situasi opis ini. Aku geram .... kerna tiada sokongan dari Deden apabila aku meluahkan ingin berhenti. Aku tahu perbelanjaanku untuk sebulan hampir mencecah RM1000. Ansuran kereta, ASB, bil elektrik & air, emak dan macam2 lagi. Siapa tak sayang kalau gaji dah 4 angka tapi aku rela berhenti daripada hati & perasaanku disakiti dan aku menjadi lebih kurang ajar terhadap orang lain. Aku cadangkan pada Deden, untuk berniaga di Sukmaria selama 2 hari. Kebetulan ada Jumble Sale tapi Deden tidak mahu. Aku tahu kenapa dia tidak mahu kerna dia tidak mahu menguruskan pengambilan borang. Kalau boleh semua urusan rasmi aku yang lakukan. Kadang2 aku terfikir, selama ini aku tak kisah dia mengirim wang kepada Ebin serta keluarganya yang lain tapi sejak kebelakangan ini, Deden seakan-akan takut untuk menghadapi saat2 sukar dalam kehidupan. Bukan aku tak bingung jika tiada pekerjaan tapi aku terpaksa. Masalah kerja & masalah rumah terpaksa aku tanggung. Kadang2 aku fikir seperti aku ini hanya dipergunakan untuk kesenangan orang lain. Hati & perasaanku tiada siapa yang tahu. Entahlah ... otakku sekarang tengah blurrrrrr.Aku tak tahu nak kata apa lagi. Salahkah tindakan aku???
Posted at 10:13 am by cheek2302
Permalink
Thursday, May 15, 2008
Semalam aku amat sedih. Entah kenapa aku begitu sedih apabila Deden tidak mahu menghantar aku ke pejabat. Aku menangis sepuas hatiku. Malahan ketika memandu airmataku semakin deras mengalir. sampai di pejabat pun airmata masih mengalir. entah mengapa? Nasib baiklah .... tiada orang di pejabat. Sampai di mejaku ... aku terlihat ada sekeping memo dan ........ tertulis nama aku. Hahhh ....... tak ada orang lain yang mereka nak suruh buat. Semua nak bagi aku. Ingat aku ni robot. Tenaga aku saja yang nak dia orang kerah tapi increment & bonus tak pernah aku dapat seperti orang lain. Aku saja yang sentiasa tercorot. Memang aku geram ... dan tiada siapa yang berani menyapa aku atau bertanya pasal kerja denganku. Aku nekad ... jika mereka berkeras menyuruh aku buat ..... aku tak nak handle kerja lain. Tak mampu aku nak buat 2 kerja sekali gus. Lebih-lebih lagi kerja yang ada dateline. Orang lain cuma buat 1 kerja saja tak ada dateline lagi. memang tak adil. Mungkin mereka melihat selama ini aku tidak banyak cakap sebab itulah mereka berani memijak aku. Walaupun aku lebih senior di sini tapi tiada siapa yang peduli. Gaji mau lebih tapi kerja ... berkira. Pagi-pagi dah berleter ..... macam nenek tua yang dah BABO. Hari ini pun aku masih bad mood. Aku buat saja kerja aku ... dah tak kisah pasal orang lain. Hatiku memang bukan di sini lagi. Sudah melayang entah ke mana. Aku boleh cau bila-bila saja yang aku mahu. Lagipun kerja di sini tiada perkembangan. Otak bukan makin cair tapi makin beku. Dari pagi hingga petang, asyik buat kerja tu saja. Besok, lusa dan seterusnya ... macam tu juga. BORING ...... GERAM ....... semuanya ada
Posted at 02:49 pm by cheek2302
Permalink
Monday, April 21, 2008
Tanggal 13 April, aku sekeluarga selamat pulang dari Lombok. Tiada apa yang boleh aku bawa pulang cuma kepenatan. Memang mertuaku seronok dan bahagia apabila kami meluangkan masa bersamanya selama 2 minggu. Aku tak tahu bila kami sekeluarga akan pulang ke Lombok lagi. Ini kerana keluargaku akan bertambah seorang lagi ahli. InsyaAllah kalau tiada apa halangan. Ebin.... penerimaannya terhadap kami sekeluarga biasa saja. Cuma kali ini dia sudah pandai berbicara mesra denganku. Semua saudara di Lombok bertanya pada Deden .. apakah aku telah tahu tentang kisah silamnya dan bagaimanakah penerimaanku terhadap anaknya. Aku biasa saja kerna bagiku sama ada anak kandung atau anak tiri ... tiada bezanya. Anak adalah anugerah Illahi dan mereka tidak bersalah jika dilahirkan dalam apa jua keadaan pun. Mereka adalah pembawa rezeki yang mulia. Aku terima Ebin seikhlas hatiku kerna dia juga merupakan rezeki buatku. Sifatku yang tidak memilih, membuatkan saudara Deden tersenyum dan mungkin sedikit tidak menyangka akan penerimaanku terhadap Ebin. Ebin kulayan sama seperti Afiq & Diha. Semoga dia bisa menerima aku & adik2nya sebagaimana aku menerimanya dalam kehidupanku.
Posted at 02:32 pm by cheek2302
Permalink
Tuesday, February 26, 2008
23 Febrauri 2008 jam 8.00 malam, aku sambut hari lahir bersama Afiq. Aku buat kenduri kecil saja ... hanya untuk famili. Afiq genap 10 tahun pada 24 Februari 2008 dan aku bertambah 1 tahun lagi.
Happy memang aku happy sebab tahun ini Deden buat kenduri untuk kami berdua. Selalunya aku yang kena ingatkan birthday Afiq. Namu n semalam aku bertengkar dengan Deden. Entahlah ... tiap kali dia ke SBB berjumpa dengan Jun... memang aku marah dan benci. Aku tak tahu kenapa? Yang pasti aku tidak suka saudaranya itu. Ketika aku sampai di rumah hanya Afiq & Diha saja di rumah. Deden pergi berjumpa saudaranya itu... lepas maghrib baru dia pulang. Sampai saja di rumah terus tanya apa lauk malam ni? Geramnya hatiku tiada siapa yang tahu. Tiap kali aku balik dari kerja itu saja yang dia tahu. Belum hilang lagi penat aku bekerja seharian dah cakap " lapar perut kamek ". Tapi aku tahan saja kerna aku tahu itu sudah tanggungjawab aku. Yang buat aku marah sangat ... kenapa dia sanggup tinggalkan anak2 bersendirian di rumah? Mengapa tidak tunggu aku balik dulu. Kalau iya pun nak lepas tensen ... kenapa sehingga habis maghrib baru balik? Jika aku turutkan hatiku semalam ... memang aku akan keluar rumah bersama Afiq & Diha .... pergi makan di luar. Biar dia cari ke mana kami pergi tanpa pengetahuan dia. Aku pasti dia takkan call aku kerna hp nya tiada airtime. Kesian anak2 ... aku cuma goreng telur ayam untuk makanan mereka malam tadi. Aku .. macam biasa ... hilang selera makan.
Posted at 08:24 am by cheek2302
Permalink
Friday, February 15, 2008
Ini kali ke 2 Dedeng accident gara-gara mengelak kecuaian kenderaan lain. Dia yang jadi mangsa. Tiap kali berlaku kemalangan, pasti dia tidak di endahkan oleh orang yang menyebabkan dia accident. Sungguh kurang ajar orang tersebut. Dahlah memandu secara cuai .... dia buat derkkkk saja. Terus jalan tanpa mempedulikan orang yang mengalami kecederaan disebabkan dia. Dahlah membelok/memotong dengan tiba-tiba, tak bagi signal lagi. Ehhh.. jangan pandang kerna Dedeng masih bersekolah dan lembut ... senang-senang ja orang nak buli dia. Kali ini aku takkan berlembut.... dahlah Dedeng cedera ... motosikal lagi parah .... Jangan pandang orang sebelah mata .... aku akan ambil tindakan. Tak kisah dia tu orang kaya, orang besar, yang salah tetap salah. Lebih salah lagi ianya berlaku di kawasan sekolah. ARghhhhhhhhhhh
Posted at 01:30 pm by cheek2302
Permalink
Thursday, February 14, 2008
Ct akan resign tak lama lagi. Pasti dia sudah lega kerna dapat lari dari tempat ini. Aku?? Entahlah ... aku tak tahu bila aku akan dapat melarikan diri dari tempat ini. Bukan tak suka tapi kehadiran aku di sini seperti tidak dialu-alukan. Kewujudan aku sering disiakan oleh mereka. Umpama orang yang tak berharga bagi mereka. Tapi kudratku dikerah sewenang-wenangnya. Jika tentang kerja memang aku tidak punya masalah. Ini kerna aku tidak suka melambatkan kerja aku. Aku utamakan kerja dulu daripada yang lain. Entahlah... mungkin juga kerna aku bukan pilihan bos. Aku di transfer dari company lain. Itupun gara-gara akauntannya resign 24 jam dan mereka tidak punya pilihan lain. Arghhhhh........kadang-kadang kalau aku memikirkan pasal ketidakadilan pengurusan ... memang aku naik marah dan benci untuk kerja di sini. Tapi apa boleh buat... kalau dah rezeki aku di sini .. terpaksalah aku terima hakikat bahawa aku ini tidak penting dalam organisasi ini. Tapi jangan mereka pandang rendah terhadap aku ... tanpa aku mungkin rentetan perniagaan mereka akan pincang sedikit. Ini kerna hanya aku yang tahu bagaimana mengurus bahagian yang sedang aku lakukan.
kerna itu juga aku susah untuk mendapat cuti. Tiap kali memohon cuti ... pasti ada saja alasan mereka untuk menghalang aku dari bercuti.
Terpaksalah aku ambil cuti emergency.
2 april 08, aku sekeluarga akan balik ke Lombok. Aku tak tahu sama ada cuti aku diluluskan atau tidak. Tapi sebelum aku membeli tiket, aku berbincang dulu dengan pengurus. Dia kata boleh. Terpaksalah aku cari alasan untuk memohon cuti. Sebenarnya aku jarang cuti melainkan kecemasan. Aku ni bosan duduk di rumah tanpa sebarang aktiviti yang dilakukan. Lebih-lebih lagi kedua-dua anakku telah bersekolah. Kalau hujung minggu tak apalah duduk lepak kat rumah kerna semua ada. Aku harp-harap cuti aku kali ini tiada masalah. Aku bingung bukan apa. Heather akan cuti bersalin pada bulan mac dan Ct akan berhenti hujung bulan Mac. Arrghhhhhhhhhhhhh 
Posted at 09:54 am by cheek2302
Permalink